Kisah
baju RM189 ini ingin saya kaitkan dengan kaedah penjimatan..dengan DIY your own
attire, tak perlu lagi tension sbb tak dapat beli baju idaman dan yang paling
penting, jimat yang teramat sangat! Believe it or not dengan RM189 ini dapat 6 helai baju beb!
Bermulanya
kisah ini bila saya ke JAKEL K.L dengan kakak, nak beli kain untuk jahit baju
raya..haha, kelakar, nak jahit baju raya dan saya berhabis wang ringgit jugakla
plus jahit 7 pasang baju/jubah untuk 7 hari..
Dipendekkan
cerita, kain yang saya beli ada yang harga RM7 semeter dicongakkan,
Baju
7 helai x 4meter= untuk menghasilkan baju mini jubah ala Prof Muhaya
Kos
kain RM7 semeter x 4m= RM28 sahaja sehelai.
Dan
sebenarnya, dengan RM189 nilai yang saya telah keluarkan sepatutnya telah dapat 6 helai baju.
Ohh…dulu saya tak ambil pusing sangat dengan jahitan ni, bila saya dapat baju yang
‘banyak’ dengan nilai penjimatan yang dasyat, maka saya sedar satu perkara
bahawa setiap apa jua cita2 perlu diringi dengan kesedaran dan kerajinan.
Saya dah belajar di kelas jahit, baju kurung, jubah, dan tudung. Saya dah boleh jahit
dan perlu semat semangat untuk terus menjahit. Belajar apa jua pun
kemahiran, jika tidak diteruskan maka ia tidak akan menghasilkan apa-apa.
Misi
Baju raya anakanda juga telah terlaksana dengan satu set jubah dan tudung
bserta inner. Saya juga dapat menyiapkan jubah menyusu dengan bertatih menjahit
bukaan 1 dengan inner.
No comments:
Post a Comment