Definisi Kelas Jahitan Express
Hehe..siap definisi, macam nak tulis tesis plak..
Dalam dunia yang serba moden ini, banyak benda yang kita nak 'segera'..
Kuih muih segera, rempah segera, banyaklah benda yang segera ini yang pastinya, untuk memudahkan kita.
Begitulah juga kelas jahit express ini, mengambil ilham dari konsep masa dan ingin segera melihat hasil, maka cikda initiate kelas jahitan express ini..kelas kami ini 1 FESYEN 1 HARI, bermula jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Korum kelas maximum 4 orang.
Boleh pandai ke cikda? saya ni tak ada basic jahitan?
Macam ni la...secara jujurnya apa jua yang kita baru nak belajar terutama bentuk kemahiran, memang pada peringkat mula, agar blur dan tergagau2...tapibila dan laluinya, perlahan-lahan kita akan mula memahami dan untuk terus pandai,
ia bergantung kepada tahap kefahaman sesorang yang berbeza antara satu sama lain..
Kebanyakan pelajar kelas kami faham apa yang diajar dan ada yang telah ambil tempahan dari rakan-rakan
yang rapat/ jiran-jiran.
Kerana apa? kerana berani dan terus mencuba tanpa takut-takut.
Kelas ini memberi ruang kepada anda;
1) yang tiada basic jahitan
2) yang tidak ada banyak masa untuk belajar 2 -3 kali seminggu di kelas jahitan seperti biasa
3) ingin cepat berlatih menjahit selepas belajar
4) ingin mencari pendapatan sampingan
Apa yang kami akan ajar ada 4 step di bawah (rasanya mana-mana kelas jahit ajar perkara yang sama,
mungkin teknik sahaja yang berbeza)
1) ukur badan
2) belajar ukur dan lukis pola
3) potong kain
4) jahit
"Mudah difahami dan praktikal"- InsyaAllah.
Gambar: contoh cara potong leher..
No comments:
Post a Comment