Friday, June 20, 2014

Salam Perkenalan. Inilah dia blog baru kelas jahit menjahit..=)

Assalamualaikum..

Asasnya, kelas jahit ni bermula sebab tuan punya badan ni pergi belajar menjahit di  Kelas Langsir Al Mujahid, lepas 2-3 hari lepas kelas terus beli mesin jahit industri,pergh..semangat tu..

Lepas tu, semangat nak jahit baju kurung pula, kisahnya berkawan dengan tukang jahit mahir dan akhirnya dengan semangat mesin jahit nan satu itu, ada aura untuk ambil tempahan baju muslimah.
Bermulalah mengambil tempahan fesyen muslimah.

Alhamdulillah, selepas setahun ambil tempahan baju, mula berjinak-jinak dengan kelas fesyen pula.
Sekarang ini , kami menyediakan kelas jahitan baju kurung, jubah , tudung dan telekung. Setiap fesyen boleh belajar dalam satu hari. Memang rasa best sangat bila dapat mengembang luaskan ilmu Allah ini..wajah-wajah tersenyum kelihatan di wajah pelajar.

Ada yang dah mula fikir nak buat bisnes sendiri bila belajar tudung. Ada pula nak jahit baju anak sepasang. Ada juga, dah ada mesin jahit tapi masih belum mahir menjahit, semuanya atas satu niat..
nak belajar dengan kadar cepat setiap fesyen dengan yuran yang berpatutan.

Sekarang ni bukan apa, masa berjalan pantas dan bila kos dah semakin meningkat, lebih baik belajar sendiri jahit dan menjahit semahu-mahunya..

Salam perkenalan dari admin..yang sebelum ni hanya promosi dalam FB sahaja, kali ni rasa nak 
berblog la 
pulak.. FB kami: KEDAI DAN KELAS JAHIT MENJAHIT 


https://www.facebook.com/KelasJahitMenjahit?ref_type=bookmark



just call me cikda: 010-600 5656








No comments:

Post a Comment